BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, February 3, 2009

Pemergianmu

31 Disember 2008

25 Januari 2009...

Jam 8.30 pagi, kami mengambil keputusan membawa opah ke DarusSyifa'. Keadaan opah sangat teruk dan langsung tak bermaya. Kasihan opah menanggung sakit yang lama dan gangguan yang kerap dari punca asal yang kami tidak ketahui. Sampai sahaja di DarusSyifa' opah di rawat oleh seorang ustaz. Tiada sebarang penerangan selepas pengubatan hanya pesanan agar diberi opah minuman air penawar, dilap tubuhnya dari kepala hingga ke kaki dan akhir sekali dari dadanya terus naik ke kepala dgn iringin doa serta niat yang ikhlas penuh keyakinan moga dijauhkan opah dari sebarang gangguan, penyakit, juga dipermudahkan urusannya. Pulangnya kami kerumah terus singgah ke Klinik Rakyat, minta nasihat doktor bagaimana untuk melegakan batuk opah, tiada cara lain hanya suntikan untuk mencairkan kahak opah. Opah sudah tidak berdaya untuk batuk. Sampai di rumah terus kami baringkan opah di perbaringannya ke arah kiblat. Seruku pada emak.."Alhamdullilah, selesai urusan kita terhadap opah", lantas mak menjawab, "inilah tugasan terakhir kita buat opah". Kami redha Ya Allah...jika kematian adalah terbaik buatnya Kau ambillah dia dari kami. Kau permudahkan jalannya Ya Allah..Jangan Kau biarkan opah terus terseksa, kasihanilah dia...

Selepas solat zohor, aku dan ayah pulang ke kampung Perak atas sedikit urusan. Kami tinggalkan Akmal adikku untuk manjaga emak, akak, noi dan juga opah sepanjang aku dan ayah di kampung. Setibanya kami di Kampung Gajah jam 6.15 petang, sedang aku memandu, aku mendapat panggilan telefon dari kakak. Aku diberitakan bahawa opah sudah pergi menghadap Allah. Maha SuciMu ya Allah...secepat itu Kau mengambil dia. Kami akur dan redha dengan permergian opah, kami tunduk atas kebesaranMu Ya Allah, kami syukur atas belas ihsanMu Ya Allah. Terima kasih Ya Allah kerana kau meringankan beban kesakitan opah ku. Kau ambil dia dalam tidurnya, tiada kesan opah meninggalkan kami. Perginya opah dalam tidurnya yang panjang dengan senyuman yang ditinggalkannya, berseri cahaya wajahmu wahai opah...itulah kenikmatan yang kau terima wahai opah atas kesabaranmu menanggung kesakitan yang diuji Allah atas dirimu opah. itulah berkat kesabaran dan redhamu...segala sakit yang Allah turunkan adalah untuk menguji keimanan hamba-hambanya, Allah tidak akan menguji hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu hambaNya pikul.

arwah atok Mohd Baiti b Sulaiman, maklang, my mom dan arwah opah Neh bt Hassan



26 Januari 2009...

Pagi itu, kami menguruskan jenazah opah. Dua orang yang arif mengurus jenazah opah, dari mandinya hingga mengkafankan opah. Anak-anak serta cucu-cucu perempuan opah membantu memandikan jenazah opah. Ya Allah luluh hatiku tatkala memandikan opah, yang dulu aku selalu memandikan opah dengan diiringi gurauan dan gelak tawa, tapi kali ini opah terkujur kaku tanpa suara, tak tertanggung ku menahan sebak dan air mataku. dalam suasana yang tenang ku menangis sambil membersihkan tubuh opah yang sudah kaku. selesai memandikan opah, opah dikafankan, dibalut tubuh opah dengan kain putih yang bersih, dipakaikan opah telekung, diwangikan opah, opah akan menghadap Allah sebentar lagi, kami mahu opah cantik dan wangi bila menghadap Allah. Kami redha atas pemergiaan opah....di cium wajah opah buat kali terkahir sebelum ditutup litup wajah opah dalam kain putih. Di usung jenazah opah untuk di sembahyangkan. Berangkatlah kami terus ke tanah perkuburan.

Tersedia sudah tempat persemadian opah. Tatkala di letakkan opah di liang lahad, sayu hati kami...inilah kesudahan yang terakhir. Opah akan dikuburkan didalam tanah yang dalam yang dulu opah sentiasa bersama kami dan pada kali ini, saat ini dia pergi buat selamanya...selamat tinggal opah, moga opah berbahagia disana. Terkesan kami dengan talkin yang dibacakan Imam. Ya Allah... jangan Kau biarkan dia sunyi dan takut menempuh alam yang baru. Kau ampunila segala dosa-dosanya yang lalu, Kau tempatkanlah dia dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Amin YaRabbal 'Alamin...


Al-Fatihah buat opah, NEH BINTI HASSAN (1928-2009)


AL-KAUTSAR

Surat Al Kautsar terdiri atas 3 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah diturunkan sesudah surat Al 'Aadiyaat. Dinamai Al Kautsar (nikmat yang banyak) diambil dari perkataan Al Kautsar yang terdapat pada ayat pertama surat ini.Surat ini sebagai penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.

Pokok-pokok isinya:Allah telah melimpahkan nikmat yang banyak karena itu bersembahyang dan berkorbanlah; Nabi Muhammad s.a.w. akan mempunyai pengikut yang yang banyak sampai hari kiamat dan akan mempunyai nama yang baik di dunia dan di akhirat, tidak sebagai yang dituduhkan pembenci-pembencinya.



AL KAUTSAR (NIKMAT YANG BANYAK)
SURAT KE 108 : 3 ayat

*maksud bagi surah Al-Kautsar

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

1. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak.
2. Maka dirikanlah shalat karena Tuhanmu; dan berkorbanlah[1605].
3. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.[1606]


[1605]. Yang dimaksud berkorban di sini ialah menyembelih hewan qurban dan mensyukuri nikmat Allah.

[1606]. Maksudnya terputus di sini ialah terputus dari rahmat Allah.

Surah ini menganjurkan agar orang selalu beribadah kepada Allah dan berkorban sebagai tanda bersyukur atas nikmat yang telah dilimpahkan-Nya.