BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, February 5, 2009

Kejatuhan atas ketindasan

Akhirnya, jatuh juga kerajaan baru Pakatan Rakyat di Perak. Agak terkilan, kecewa, sedih, marah dan macam-macam perasaanlah. Kalau dicampur semua perasaan ni, boleh jadi the hulk aku nih. Bukan aku sahaja, malahan semua rakyat di Perak dan juga 1 Malaysia ni. Nak buat maca mana? Yang lemah memang selalu ditindas, dipijak, ditarik-tarik, diketuk-ketuk, ha apa lagi??macam-macamlah. Tidak mengapa, kami sebagai rakyat lebih-lebih lagi rakyat di Perak hanya mampu bersabar dan berdoa. Bersabar dengan segala macam pakatan jahat untuk segala penindasan keatas kebaikan rakyat, dan kami hanya mampu berdoa untuk hak, maruah dan kebaikan kami. Jangan main-main ye pada orang-orang yang suka pada idealism dan pakatan jahat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar dan Allah juga sudah terang-terangan berfirman "dan mintalah kepadaKU, maka akanKu perkenankan..". Ha...dengar tu. Jaga-jaga, kami sebagai rakyat dah semakin marah dengan tindak-tanduk yang bodoh, jahat dan zalim keatas kami. Jangan sampai rakyat menyimpan dendam kesumat yang lama sehingga terkubur nanti jadinya keangkuhan kamu. Tidak mengapa rakyat jelata yang celik tentang kebenaran, masih ada lagi pilihanraya terbesar yang ke-13 akan datang. Apa lagi kita SERANG ramai-ramai. Rakyat berkuasa atas negara Malaysia. Takbir! ALLAHUAKBAR!!! Reformasi!



huhu...berbangganya mereka. You better watch out with the people of Malaysia!

walaupun marah...senyuman itu satu sedekah. senyumlah selalu (^_^) banyak pahala nih.

LeLaki IdAmaN SayA (^_^)



Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di Jalan Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang tidak terpesong dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Disitulah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
DIALAH LELAKI IDAMAN SAYA..
Semoga anda bertemu lelaki idaman anda... (^_^)
my sweet little brother and my loving father

Perak Haru-Biru

Semalam dapat msg dari adik mengatakan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak tumbang. Terus aku telefon mak untuk membincang isu terbaru ini. Mak dan ayah tidak senang duduk mendapat berita di Perak. Mana tidaknya, negeri kelahiran mereka, sensitivitinya lebih :)
Apa sebenarnya yang terjadi pada Perak? Adakah berlaku pakatan jahat dan kotor untuk menjatuhkan Kerajaan baru disana? Ermm...nampaknya kerajaan terbesar di Malaysia semakin terdesak! Kesian.. Jangan bermain api dengan raktyat...bahaya. Rakyat mampu ubah segalanya, kuasa terbesar adalah pada tangan rakyat itu sendiri. Kerajaan Malaysia patut tahu dan belajar dari kesilapan dulu. Baru sedikit rakyat menyergah, belum lagi kami menerkam. Hati-hati bermain dengan rakyat, kami mahu hak kebebasan, kami mahu satu pembaharuan/reformasi, kembalikan semula hak pelajar universiti dalam berpolitik. Kamilah pencetus generasi yang akan memelihara dan mentadbir negara Malaysia ini. Benar kata Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak. Bahawa Pakatan Rakyat masih sah dan tiada sebab untuk beliau meletakkan jawatan seperti yang disarankan Najib Altantuya, ops maaf...Datuk Seri Najib Tun Razak. Sabar Datuk Najib ye, kita sama-sama tunggu perkenan dari Sultan Perak samada untuk membubarkan dewan undangan negeri. Mana boleh menentang perlembagaan, Datuk bukankah bakal Perdana Menteri. Seorang pemimpin harus bersabar, harus ada rasa hormat yang tinggi dalam diri. Jangan hentam kormo sahaja. Kalau sikap negatif sudah ditunjukkan oleh bakal Perdana Menteri kita, bagaimana kita sebagai raktyat mahu ada rasa percaya dan hormat dengan seorang pemimpin yang sedemikian rupa. Jangan sampai dapat surat undi tidak percaya, susah nanti nak naik pangkat. Apa-apa pun yang terjadi, kita hanya mampu tunggu dan lihat. Kita sama-sama doakan kesejahteraan Perak agar kerajaan Pakatan Baru akan terus memerintah negeri Perak. Kami bukan mahu melawan Kerajaan terbesar Malaysia, tapi kami mahu sedikit perubahan, kami mahu lihat bagaimana kewibawaan kerajaan Pakatan Rakyat memerintah. Kerajaan Malaysia patut beri sedikit ruang dan peluang pada mereka untuk memerintah. Jangan GILA KUASA, orang akan menyampah. Rakyat pemerhati dan kami ada hak untuk mengundi lagi jika tiada sebarang perubahan dilakukan untuk kebaikan rakyat. Jadilah kerajaan yang adil, yang mampu memikirkan soal rakyat dan negara sepenuhnya. Jangan asyik memikirkan soal remeh-temeh perebutan pangkat, fitnah liwat, main lompat-lompat, nak duit cepat, tolonglah fikir tentang rakyat. Dan pesanan untuk bakal Perdana Menteri kita, jangan dok sibuk pusing sana, pusing sini, teruskan agenda nak memartabatkan negara dan rakyat, kes anda dengan orang yang dah mati pun tak habis lagi, tergantung..jangan dok sibuk hal lain, Pak Lah relaks jer, itu sifat ketenangan Pak Lah. Respect juga rakyat pada Pak Lah. Saya menyampaikan pesanan Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui msg Keadilan: "PERTAHANKAN KUASA RAKYAT. SAYA BERSAMA MB PERAK DAN PAKATAN RAKYAT HARI INI (Khamis) DI IPOH PUKUL 7.30MALAM, SAYA YAKIN INSYAALLAH RAKYAT YANG MENENTUKAN." Apa pun yang terjadi Pakatan dan juga Rakyat sendiri berpendirian bahawa pilihanraya harus diadakan untuk tentukan mandat baru. Takbir! ALLAHUAKBAR!!!!

(^_^)kadang-kadang takut juga nak lantang bersuara, takut masuk ISA tak pasal-pasal. Maklumlah kita ni masih belajar, pantang melawan Kerajaan, surat amaran dah sampai.huhu...takutnya. Permintaan dari ramai suara-suara pelajar universiti: JANGAN SEKAT PENDIRIAN KAMI DAN HAK KEBEBASAN KAMI BERSUARA! Yeah...lega aku! nampak sangat aku nih penyokong berhaluan kiri...hehe. peduli ape aku.

Ya Allah...Kau tunjukkan kebenaran dan Kau hancurkan segala kebatilan dan kejahatan yang wujud dari tangan-tangan manusia itu sendiri. Selamatkanlah Pakatan Rakyat. Amin....

Wacana Mencari Cinta

Cinta bukan hak milik tapi anugerah

Dirasmikan : Y. Berhormat Nik Nazmi Nik Ahmad
Moderator : Saudara Izwan Suhadak Ishak
Panelis : Y. berbahagia Tuan Haji Baharudin Ali Masrom Al-Haj
(RESQ World Training Sdn. Bhd)
: Saudara Jufitri Joha
(Setiausaha Agung Majlis Belia Negeri Sembilan)

Wacana mencari cinta ini diadaptasikan dari kisah Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman El-Shirazy. Membincangkan tentang persoalan cinta di alam pembelajaran yang tertumpu di institut pengajian tinggi. Bagaimana caranya kita mencari cinta yang sebenar, pada siapa cinta itu diberi, bagaimana cara perjalanan cinta itu sendiri. Cinta itu terlalu besar definisinya untuk kita jelaskan. Cinta itu bukan hanya terletak pada pasangan kekasih sahaja, malahan seluruh apa yang ada di muka bumi ini adalah anugerah cinta yang tak ternilai di berikan oleh Allah kepada seluruh makhlukNya. Terpulang pada kita bagaimana untuk menentu hala tujunya rasa cinta kita. Cinta itu sangat indah pada namanya, sangat mulia jika ia diletakkan pada tempat yang betul. Cinta yang tertinggi dan agung adalah Cinta kita pada pencipta, pada Allah Taala.
Ada 3 Cinta yang didefinisikan oleh Nasir Ulwan...1)cinta agung, cinta kita pada Pencipta (Allah Taala), 2)cinta pertengahan (kasih sayang kita pada ibu bapa, keluarga) dan 3) cinta keji (cinta yang berlandaskan nafsu semata). cinta yang tidak dijaga dan dibaja dengan baik akan membuatkan kita buta dan pekak. Buta dengan dosa pahala dan pekak dengan segala macam kata nasihat dan teguran. Jadikanlah cinta itu berdasarkan Allah dan Rasul. Letakkan prinsip dalam cinta berdasarkan kepada Allah. Jangan sempitkan anugerah cinta yang diberikan Allah pada satu kekasih sahaja, sebarkan rasa cinta itu pada ibu bapa, keluarga, guru, ilmu, alam, kebenaran. Jika kita tahu menilai, memelihara dan membaja rasa cinta itu, pasti kita dapat merasai kemanisan dan nikmatnya rasa cinta yang Allah anugerah kepada kita. jadikan rasa cinta itu sebagai satu batu loncatan untuk kita berjaya dan memperjuangkan agama suci Allah. Bukalah hati untuk menerima cinta. semailah rasa cinta itu kerana Allah, pertahankan rasa cinta itu hingga kita mendapat keredhaan dari Allah...Selamat bercinta (^_^)