BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, February 5, 2009

Wacana Mencari Cinta

Cinta bukan hak milik tapi anugerah

Dirasmikan : Y. Berhormat Nik Nazmi Nik Ahmad
Moderator : Saudara Izwan Suhadak Ishak
Panelis : Y. berbahagia Tuan Haji Baharudin Ali Masrom Al-Haj
(RESQ World Training Sdn. Bhd)
: Saudara Jufitri Joha
(Setiausaha Agung Majlis Belia Negeri Sembilan)

Wacana mencari cinta ini diadaptasikan dari kisah Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman El-Shirazy. Membincangkan tentang persoalan cinta di alam pembelajaran yang tertumpu di institut pengajian tinggi. Bagaimana caranya kita mencari cinta yang sebenar, pada siapa cinta itu diberi, bagaimana cara perjalanan cinta itu sendiri. Cinta itu terlalu besar definisinya untuk kita jelaskan. Cinta itu bukan hanya terletak pada pasangan kekasih sahaja, malahan seluruh apa yang ada di muka bumi ini adalah anugerah cinta yang tak ternilai di berikan oleh Allah kepada seluruh makhlukNya. Terpulang pada kita bagaimana untuk menentu hala tujunya rasa cinta kita. Cinta itu sangat indah pada namanya, sangat mulia jika ia diletakkan pada tempat yang betul. Cinta yang tertinggi dan agung adalah Cinta kita pada pencipta, pada Allah Taala.
Ada 3 Cinta yang didefinisikan oleh Nasir Ulwan...1)cinta agung, cinta kita pada Pencipta (Allah Taala), 2)cinta pertengahan (kasih sayang kita pada ibu bapa, keluarga) dan 3) cinta keji (cinta yang berlandaskan nafsu semata). cinta yang tidak dijaga dan dibaja dengan baik akan membuatkan kita buta dan pekak. Buta dengan dosa pahala dan pekak dengan segala macam kata nasihat dan teguran. Jadikanlah cinta itu berdasarkan Allah dan Rasul. Letakkan prinsip dalam cinta berdasarkan kepada Allah. Jangan sempitkan anugerah cinta yang diberikan Allah pada satu kekasih sahaja, sebarkan rasa cinta itu pada ibu bapa, keluarga, guru, ilmu, alam, kebenaran. Jika kita tahu menilai, memelihara dan membaja rasa cinta itu, pasti kita dapat merasai kemanisan dan nikmatnya rasa cinta yang Allah anugerah kepada kita. jadikan rasa cinta itu sebagai satu batu loncatan untuk kita berjaya dan memperjuangkan agama suci Allah. Bukalah hati untuk menerima cinta. semailah rasa cinta itu kerana Allah, pertahankan rasa cinta itu hingga kita mendapat keredhaan dari Allah...Selamat bercinta (^_^)

0 comments: