BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 15, 2009

Sekian lama..

Alhamdulillah...
Selepas sekian lama bermuhasabah diri, kini aku bangkit dengan semangat baru dan jiwa yang baru. Aku redha dengan segala takdir dan ujian yang berlaku keatas diriku sebelum ini dan pastinya akan datang. Ya Allah teruskan kekuatan dan kesabaranku mengharungi segala liku-liku kehidupan. Hanya padaMu Ya Allah tempatku bergantung dan berserah. Segala apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Jadikan aku seorang yang tabah dan redha dengan segala ketentuan dariMu.Aku yakin dan percaya Ya Allah, sesungguhnya Engkau bersama orang-orang yang sabar. dan Engkau juga tidak akan memberi sesuatu ujian yang tidak mampu hambaMu ini pikul. Terima kasih Ya Allah..

Subhanallah...
Banyak juga perkara yang berlaku semasa aku sedang bercuti semester ini. Macam-macam idea kat kepala otak ni. Aku mahu menjadi seorang yang berjaya dan maju kehadapan. Tak keterlaluan aku katakan disini. Aku ingin menjadi seorang yang KAYA. Kaya harta, kaya budi pekerti, kaya ilmu, kaya amalan ibadah, wah...kaya-raya, kaya-raya..biarlah hidup kita kaya harta untuk lebih mendapat ketenangan. aku ingin kaya untyuk hidup tenang. tenang untuk lebih bersedekah, tenang untuk beribadah, tenang untuk membahagiakan ibu bapa dan keluargku.Bahagianya Ya Allah...perkenankanlah niat dan harapanku ini.Ameen...

Allahuakbar...
Sekarang ni dah macam-macam penyakit yang wujud. yang dulunya selesema burunglah, SARS lah, selesema babi la sekarang ini atau pun terkenal digelar H1N1. Bahaya wo sekarang ni. nak keluar mana-mana pakai mask. udara kita sekarang ni memang dah tercemar dengan virus H1N1. this is all about H1N1 precaution,suka tak suka kena protect yourself, ur children also whole of ur family. baru-baru ni my younger sis suddenly got fever. my mom so worried and send her to hospital for further check-up. Alhamdulillah demam biasa and the latest 1, yesterday, my eldest sister lak got high fever and again my mom n i send her to hospital. after medical check-up, blood test, x-ray everything, doctors said that my sister got a few of H1N1 symptoms.Thanks God, not too bad. just a symptoms that my sis need to take antivirul for protection. but if she get a fever again, immediately need to go to the hospital. actually no vaccine for this virus, only our antibody reaction to fight with it. so, for all people need to be more active, do a lot of exercises to gain ur strong antibody. wear mask for precaution okey!

Allahuakbar...Allahuakbar...
sekarang ni kita banyak dengar tentang kematian mengejut dari kalangan orang-orang yang terkenal. kematian wakil rakyat permatang pasir Allahyarham Mohd Hamdan Abdul Rahman kerana sakit jantung, disusuli oleh kematian Yasmin Ahmad kerana serangan darah tinggi barangkali, juga yang terbaru Ustaz Asri dari kumpulan Rabbani kerana serangan jantung. Ya Allah, terkejut betul dengan berita kematian ni semua. apa yang saya boleh simpulkan secara peribadi dan pandangan saya sendiri disini, mereka ini adalah kalangan yang kuat bekerja keras, sangat komited pada kerjaya juga tanggungjawab pada diri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. disebabkan kekuatan mereka dan rasa tanggungjawab yang tinggi kemungkinan besar kita boleh katakan mereka tidak sempat untuk berehat, mengambil berat tentang kesihatan diri, dan oleh kerana terlalu penat mereka sakit dan ingin teruskan juga kerja yang masih berbaki hingga dijemput oleh Allah.Ya Allah, Allah itu maha Pengasih dan Penyayang. Allah menjemput mereka disaat mereka masih lagi sedang berjihad demi tanggungjawab, manisnya peninggalan meraka, Allah lebih sayangkan mereka, di ambil mereka semua dari kita untuk berehat buat selama-lamanya tanpa memikrkan soal dunia dan tanggungjawab lagi. putuslah segala amalam mereka kecuali doa anak-anak meraka yang soleh, ilmu yang mereka manfaatkan kepada kita juga amal jariah yang diberikan. moga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, ampunilah segala dosa-dosa mereka.Ameen...Al-fatihah buat mereka yang telah yang telah pergi. sesungguhnya mereka telah pergi terlebih dahulu dan kami yang masih hidup ini akan menyusul kemudian, matikanlah kami dalam keadaan iman.

0 comments: