BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 13, 2009

Kasih sayang itu penting tapi perlu saling memahami

Kasih sayang...
Kasih sayang terlalu luas tafsirannya. Bukan manusia sahaja yang tahu ape itu kasih sayang, malahan haiwan, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini tahu ape itu kasih sayang. Walau tidak di ucap dgn kata-kata, dengan perbuatan itu sendiri sudah cukup menggambarkan segala-galanya. Aku mahu memperkatakan tentang kasih sayang sesama manusia. Apakah erti sebuah kasih sayang tanpa ada persefahaman di antara satu sama lain? Hambar kan. Jadi tak best rasa sayang tu bila ibu bapa, keluarga ataupun pasangan kita tidak memahami apa yang ada dalam hati kita ni. Rasa tidak guna untuk bercerita, berkongsi rasa, meluah perasaan pada org yang kita sayang tapi tidak cuba memahami kita sepenuh hati. Aiseh..sedih ma hadapi situasi cam tu. Lebih-lebih lagi pada pasangan hidup kita sendiri. Bila kesunyian satu je yang kita akan terfikir. Allah! Ya, kita masih ada Allah untuk meluah segalanya. Percayalah kawan-kawan. Allah pasti dengar luahan kita, yakinlah padaNya pasti kita dapat kenikmatan kasih sayang dari Allah sendiri.

p/s: Buat para ibu bapa, keluarga-keluarga diluar sana dan paling penting pasangan hidup yang sudah ataupun bakal...fahamilah anak-anak dan pasangan anda. Jadilah seorang yang memahami perasaan orang yang kita sayangi. kalau susah untuk faham cukupla sekadar buat2 faham tapi jadi pendengar yang baik. Sayang-sayang juge, tapi cuba belajar faham orang lain. Faham tak? Sayangilah keluarga anda setiap hari....VITAGEN. (haha aku terpengaruh gila ngn iklan vitagen)

**Buat bakal pasangan hidupku yang ku sayangi...fahamilah diriku, agar aku juga mudah memahami dirimu...
chewah! jiwang seh. siapa pasangan aku? ntah,..tanyalah Allah, Dia lagi tahu.
Tapi gerentilah orang yang aku sayang tu xbace blog aku, dia xminat kot dengan blog aku...waaa....sedihnya aku...sedih2..orang yang aku harap2kan untuk baca blog aku tapi tak bace. Aku tengah nangis waktu tulis blog ni :'( . hahaha...aku gelak balik. acah je. Seriously, kalau orang yang aku sayang buat blog camni gerenti aku layan blog dia setiap hari. Friendster dia pun aku selalu tengok. huhu... Abaikan ni ** saje buat gimik... hehe


BERKASIH SAYANGLAH KERANA ALLAH TAALA (^_^)

0 comments: