BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 13, 2009

Kasihilah ibu bapamu pasti Allah juga mengasihimu


Ibu bapa amat penting dalam kehidupan kita. Ibulah yang telah mengandungkan kita 9 bulan, menyusukan kita dan ayah sibuk mencari rezeki bagi segala keperluan dan keinginan kita yang menggila-gila. Merekalah yang banyak berkorban harta, tenaga, masa semata-mata untuk keselesaan dan kebahagiaan kita. Kasihan ibu dan ayah, walau tidak dapat apa yang di idamkan untuk keperluan diri sendiri, cukuplah senyuman dan kegembiraan anak-anak sebagai penawar dan penenang hati. Dunia masa kini kita banyak terdedah dengan ragam manusia yang bergelar anak lupa daratan asal tinggalnya, siapa ibumu, siapa bapamu. Ibu bapa sudah tidak penting lagi di mata anak-anak apatah lagi dalam kehidupan anak itu sendiri. Ibu bapa di abaikan, ditinggalkan, diherdik, dihina, dicaci, disaman dan didera. Dahsyatnya dunia masa kini. Apa yang telah terjadi pada dunia dan umat akhir zaman ini? Hilang segala punca ketamadunan, kehormatan dan maruah diri. Baru-baru ini aku terbaca di akhbar mengenai sepasang ibu bapa yang ingin menyaman anak perempuannya diatas pengabaian membela nasib ibu bapanya sendiri. Anak perempuan mereka seorang pensyarah di universiti tempatan dengan punca pendapatan yang mencecah lebih RM4k, tapi tidak pernah sekali mahu memberi wang dan mengetahui untung nasib orang tuanya. Dengan alasan si anak memberitahu bahawa gajinya tidak cukup untuk menampung orang tuanya sendiri kerana untuk keperluan dan pembelajaran anak-anaknya sendiri. Suami juga seorang yang berjawatan dan bergaji bulanan. Erm...jom kita sama-sama fikir, macam mana wang si anak ini tidak cukup untuk menampung ibu bapanya sekali? TIADA KEBERKATAN? siapa setuju angkat tangan...wah, ramai rakyat Malaysia setuju nampaknya. wahai si anak, berbalanjalah walau sedikit dari wang kamu untuk keperluan ibu bapamu sendiri nescaya kau kan peroleh keberkatan dari situ. Benda basic ma...xkan awak sebagai anak tak faham konsep hormat dan kenang jasa ibu bapa. Kata belajar tinggi-tinggi, didik orang lain, tapi bab ibu bapa cam orang BODOH! Kita sama-sama doa semoga si anak ini insaf dan tahu asal mana dia datang. Hinanya anak camni yer. Jangan satu masa kena pada batang hidung sendiri sudahlah. Lagi satu cerita mahu dikongsi bersama. Seorang anak yang sudah hilang rasa hormat pada ibunya sendiri. Sepanjang ibunya sakit, langsung tidak dijenguk hanya beberapa kali sahaja, apatah lagi untuk membela ibunya, memandikan, menyuapkan, memakaikan ibunya lampin sepanjang sakit terbaring tidak dapat berjalan. Bukan itu sahaja, hadirnya si anak selepas ibunya sudah terpejam rapat kedua belah mata, tidak langsung bersuara. Fikirkan pabila sudah begitu, hadirnya keinsafan pada diri, terkilannya rasa hati, sedihnya air mata kasih mengenangkan diri yang jarang mengambil tahu soal diri ibunya sndiri. Erm...nampaknya lain jadinya. Bukan kesedihan dan penyesalan tapi penghinaan yang diberikan dan dihemburkan pada sekujur tubuh ibunya yang sudah tak bersuara didepan matanya sendiri. Maha suciMu ya Allah...Kau pertontonkan pada kami sifat sebegitu si anak ini. Dihina ibunya yang sudah tak berdaya untuk menjawab, depan jenazah ibunya sendiri tanpa ada rasa bersalah. Kau katakan itu satu kifarah terhadap ibumu! satu pedoman dan pengajaran buat adik-adikmu agar tidak menjadi seperti ibumu! Celakalah kau wahai si anak memperkatakan sedemikina rupa di hadapan ibumu yang sudah mati! Adakah kau tahu perihal ibumu sepanjang sakitnya dan bagaimana matinya? Di sini ku ingin beritakan. Ibumu sakit dalam kesabaran yang panjang, matinya dalam keimanan dan ketenangan tanpa mengejutkan seorang pun yang berada disisinya. Matinya dalam tidur, dengan satu senyuman yang ditinggalkan dan raut wajah yang berseri bercahaya. Jahatnya kau anak tak pernah nak amik tahu perihal ibumu. Hanya kau tahu perihal isterimu, anak-anakmu, cucu-cucumu dan urusan kehidupanmu sendiri. Aku terfikir, bagaimana si anak ini boleh menghina ibunya sendiri lebih-lebih lagi ibunya sudah pergi menghadap Ilahi. Kalau si ibu ini masih hidup, boleh lagi si anak memohon ampun maaf pada si ibu. tapi sekarang bagaimana? Ibunya sudah tiada. Ya Allah, Kau Maha mengetahui. Apakah agaknya untuk nasib si anak ini di kemudian hari. Wahai si anak, terlajak perahu masih boleh di undur, tetapi terlajak kata, sepanjang hidup kau akan terasa dan merana. Pesananku buat si anak ini, bertaubatlah kau terhadap Allah diatas sikapmu itu. Mohonlah padaNya agar disampaikan ampun maafmu terhadap ibumu yang telah pergi. Semoga Allah merahmati kehidupan kamu. Amin...

Ingatlah kawan-kawanku semua, lahirnya kita bermula dari setitis nutfah (air mani bapa kita) yang disenyawakan di dalam perut ibu kita. Yang mana 9 bulan ibu menanggung perit jerih, sakit penat mengandungkan kita. Dari ibu bapalah kita mengenal Allah, dan ibu bapa jugalah yang memupuk kasih sayang terhadap Allah dalam diri kita. Kasih dan sayangilah ibu bapamu yang utama dari kita mengasihi yang lainnya. Ingatlah tanpa redha ibu bapamu nescaya kita tidak akan mendapat keredhaan dari Allah Taala.


p/s: Buat anak-anak tidak kira lelaki atau perempuan peliharalah ibu bapamu sebaik-baiknya. Hormatilah mereka, sayangi mereka. Jangan kau abaikan ibu bapamu kerana untuk kebahagiaan isteri-isterimu sendiri, keperluan suami-suamimu sendiri. Utamakan ibu bapamu nescaya kau kan peroleh keberkatan dan keredhaan...



**segala cerita diatas adalah berdasarkan kisah benar si penulis, bukan untuk membuka keabaian sesiapa, tetapi untuk ikhtibar dan pengajaran bersama. Moga nukilan ini bakal merubah sikapmu terhadap kedua ibu bapamu. peliharalah mereka sebaik-baiknya. Sayangilah mereka sepenuh hatimu.














TO MY LOVE... AYAH DAN EMAK



I LOVE MY FAMILY VERY MUCH, ALSO DEDICATED WITH A LOT AND BIG LOVE TO MY EMAK AND AYAH. (^_^)

0 comments: